
Jiran sebelah rumah...
ialah tuan rumah yang aku sedang sewa sekarang. Entahlah, bukan untuk aku menilai, tapi yang pasti aku tak mahu ikut jejak langkah cara mereka didik anak-anak. Mungkin sebab bukan cara mak dan ayah aku untuk terpekik-pekik didik anak. Mungkin sebab aku bukan asalnya dari Kedah. Mungkin sebab aku belum ada anak.
Jiran sebelah meja di tempat kerja...
ialah rakan sepasukan pasukan kerja. Kami bekerja untuk penerbitan yang sama, iaitu untuk hari Ahad, setiap minggu. Aku tak mahu komen bab kerja kerana ia tidak akan habis. Tetapi aku tertarik nak bercerita (fakta jadi bukan mengumpat ... kan?) tentang selera makannya yang tak pernah mahu kalah dengan aku yang tengah sarat hamil lebih tujuh bulan ni. Prinsip hidupnya, walaupun dia sendiri tidak pernah beritahu aku, dapat aku simpulkan - makanan kau, makanan aku. makanan aku, hanya untuk aku. Sebulan berjiran, akhirnya aku memutuskan untuk bentuk prinsip aku pula. Makanan aku, makanan aku... sehinggalah aku dah tak mahu. Hahaha....
No comments:
Post a Comment